Sejarah YKK


                     Pada tahun 1932, Tadao Yoshida yang berusia 24 tahun bekerja di sebuah syarikat yang menghasilkan zip dan selepas itu majikannya telah jatuh bankrap. Pada tahun 1934 Tadao Yoshida mengasaskan sendiri Syarikat YKK ini di Nihonbashi, Tokyo. Pada awal penciptaan zip, ia telah dipanggil "clasp locker" . Ia telah direka pada 1891 oleh Whitcomb L Judson. Kemudian, pada 1913, Gideon Sundback Sweden mengubahsuai zip "clasp locker" dan menggunakan gigi logam lalu terciptalah zip seperti yang kita lihat hari ini, dan tercipta  ia pada 1917. Hari ini, terdapat juga zip yang dibuat daripada plastik. Singkatan YKK merupakan kepanjangan dari Yoshida Kogyo Kabushikikaisha . Tadao Yoshida mendirikan Yoshida Kogyo Kabushikikaisha iaitu nama penuh kilang YKK pada tahun 1934.
         
YKK menjalankan perniagaan di Jepun, Asia, Amerika Syarikat dan Brazil.  Sistem pengeluarannya  memiliki produk yang dibangunkan untuk memenuhi  keperluan pasaran yang tepat  dan menyampaikan tahap kualiti  yang dipercayai di seluruh dunia.  Jenama  YKK adalah bertujuan untuk meningkatkan nilai barangan  yang menawarkan kualiti,  kepelbagaian dan keunikan,  berdasarkan  pelbagai  pengetahuan bagaimana ia telah terkumpul melalui projek-projek utama di seluruh  dunia.  Pelanggan-pelanggan sedia tahu mereka boleh bergantung kepada YKK  untuk  pembuatan  berkualiti tinggi. Jenama YKK biasanya dijumpai dalam barangan :
* Pakaian
* Perabot
* Beg
* Peralatan Sukan



Syarikat ini iaitu kilang membuat zip kini terulung di dunia, beliau membuat kira-kira 90% daripada semua zip iaitu lebih kurang 206 kilang di 52 buah negara. Mereka bukan sahaja membuat zip malah mereka membuat mesin untuk membuat zip. Kilang terbesar mereka adlah di Georgia iaitu membuat lebih 7 juta zip setipa hari.

Kumpulan YKK juga mengilang produk  lain seperti butang-butang, produk seni bina, dan juga mesin industri. Syarikat  Yosida  zip berpegang kepada satu prinsip iaitu  "Kitaran Kebaikan yang bermaksud, tidak berjaya seseorang itu melainkan jika dia menjadikan manfaat kepada oarang lain". Menggunakan prinsip ini, beliau berusaha untuk mewujudkan produk terbaik diluar sana.